Monday, February 8, 2010

hawa..

Hawa,

Pabila dirimu berkata kamu suka padanya,

Adam pasti bertanya mengapa,

Bukan ingin meragui cintamu,

Bukan juga kerana dia tidak mencintaimu,


Tetapi,

Adam mahu kepastian,

Mengapa dia menjadi insan terpilih,

Menerima lafaz indah itu dari bibirmu.


Hawa,

Pabila Adam berkata dia juga menyimpan perasaan yang sama terhadapmu,

Dia sama sekali tidak menipu,

Tatkala sedaya upaya dia membuktikan hatinya telah terpaut padamu.


Hawa,

Pabila Adam berkata bercerita tentang Hawa yang lain,

Dia tiada niat mahu membuatmu cemburu,

Sekadar fitrah nurani Adam mahu menutur kata.


Hawa,

Pabila Adam tidak menghubungimu buat seketika,

Dia tiada niat membuatmu tertunggu,

Tapi dia mahu mengujimu adakah kamu sanggup menunggu dirinya.


Hawa,

Pabila Adam berkata dia mahu berpisah,

Dia tidak menafikan cintanya padamu,

Tetapi dia mahu dirimu mendapat yang terbaik.


Yakinlah pada takdir Illahi,

Andai dia milikmu tercipta,

Pasti bahagia akan menjelma.

No comments:

Post a Comment